JAKARTA: Seramai 84 orang disahkan maut, sementara 71 dilaporkan hilang dalam bencana banjir lumpur, tanah runtuh dan angin kencang akibat Badai Seroja di Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Lebih 700 rumah direkodkan musnah, pokok tumbang dan prasarana awam rosak serta bekalan elektrik dan komunikasi terputus.

BNPB Indonesia meneruskan pencarian dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap dalam timbunan runtuhan tanah dan timbunan lumpur.

Sebanyak 10 daerah terancam Badai Seroja; Flores Timur, Malaka Tengah, Lembata, Ngada, Akar, Sumba Timur, Rote Ndao, Sabu Raijua, Timur Tengah Selatan dan Ende dan Kota Kupang.




 



Sumber Berita